Photobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket
Image Hosted At MyspaceGens

click banner for more info

Showing posts with label i luv my fmily. Show all posts
Showing posts with label i luv my fmily. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Happy birthday mak uda..


Happy birthday to u..
Happy birthday to u..
Happy birthday to mak uda..
Happy birthday to u..


Hari ni genap lah umur adik niesz, bella 19 tahun, beza 5 hari je dari anak buah niesz. Nama anak buah niesz Raudhatul Saffiya..so, saffiya kena lah panggil adik niesz ni mak uda..hee...sebenarnye kena panggil mak anjang, sebab adik niesz ni anak yang ke6, tapi adik niesz tak mahu, nak suruh panggil mak uda pula..haha..


Dah jarang kan orang sekarang guna gelaran macam mak long, mak ngah, mak lang ,mak apa2 lah yang sewaktu dengan nya..heee...but family niesz nak biasakan guna gelaran ni..tapi mak niesz sampai sekarang tak tahu nak saffiya panggil mak niesz ape..ekekeke...
p/s : Esok isnin, huhu...hope semuanya berjalan lancar..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Saturday, April 9, 2011

En. nuffnang mogok..

Wah!dekat seminggu dah niesz tak update blog, UV dah makin kurang, en. nuffnang pun macam dah mogok je, semua dah jadi metered earnings..tinggal 2 je buffered earnings, tak mahu la merajuk2..huhu...

Ada yang rindu niesz ek, baik cakap..niesz tahu siapa..heee...sorry korang, lama tak jenguk blog korang, bila dah start keja ni, rehat pun dah tak menentu, kadang2 niesz overtime..balik malam..banyak kerja nak kena settle kan..
Alhamdulillah, niesz dah jadi mak ngah..heee...kakak niesz dah selamat lahirkan baby girl yang comel pada 5 April 2011..balik kerja mesti nak kena tengok anak buah niesz ni..hehe..

p/s : Comel kan? alamak!teringin pula nak ada baby..hehe..gatai!!

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Monday, March 28, 2011

asal aku pulak yang gedik???

Korang pernah baca pasal ni tak? kalau belum, baca sini dulu..nak di jadikan cerita, semua gara-gara status ni niesz di panggil gedik..sentap ok!heeee...


Kelmarin niesz borak la dengan chiquito on the phone, cakap puya cakap terkeluar la bab ni..

Niesz : B, akak nak bersalin dah, doc said bila-bila masa je..
Chiquito : Bersalin dekat mana? Nanti boleh pergi tengok..
Niesz : Hospital Puteri kot, ntah, tak ingat la nama hospital tu..yeay! tak sabar nak dapat anak buah..
Chiquito : Nanti baby tu nak panggil apa?
Niesz : Untie Niesz la..haha..
Chiquito : Eeeeee....gedik!gedik!
Niesz : Kenapa gedik pulak?
Chiquito : Ye la, kang tergeliat lidah baby tu nak menyebut..Kalau B pulak dia nak panggil apa yer?
Niesz : Ntah, fikir lah sendiri.. (merajuk dah time nie)
Chiquito : Haaa! uncle B!!!!!
Niesz : Eeeee!!!!!!!lagi gedik!!!

Memang niesz dah tak sabar sangat nak tunggu baby ni keluar..mesti comel!tangan ni pun dah lama tak rasa dukung baby..can't wait!!!
credit to fyra

"Untuk wanie, satu-satunya kakak yang niesz ada, niesz doakan semuanya berjalan lancar, moga ibu dan baby dalam keadaan sihat dan selamat nanti..luv u so much wanie!!!!!"
p/s : Ada orang tu tanya, "bila kita nak pergi kursus kahwen?"..hehehe..kenalah tunggu tunang dulu kan.. 

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Thursday, March 24, 2011

Orang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak??

Aik, pelik betul ni, selalunya kalau dengar je orang cakap pasal mandul, mesti kita kaitkan mandul ni dengan perempuan yang tidak boleh mengandung..tapi kenapa orang mandul ni punya ramai anak pulak yer..

Sabda Rasullullah S.A.W :"Tahukah engakau siapakah orang yang mandul?"
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak"
Lalu Rasulullah S.A.W berkata : "Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia".

Rasa-rasanya kenapa anak-anak ini tak dapat nak beri manfaat kepada mak dan ayah dorang? Ini mungkin sebab kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak..

Antara kesilapan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak:

Kurang berdoa semasa mengandung dan semasa membesarkan anak-anak
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Menegur anak secara negatif
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Penampilan diri yang seksi dan kurang kemas
Kurang menghidupkan sunnah Nabi di rumah
Tidak menggantung rotan yang boleh dilihat oleh anak-anak
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model seperti para ulama'
Bertengkar di hadapan anak-anak
Kurang mengawal rancangan -rancangan yang di tonton
Ada benda yang niesz kesalkan tengok orang melayu ni, suka sangat membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain..perlu ke? Macamana rasa hati anak tu? Normal lah dalam 1 keluarga tu mesti ada anak yang pandai dan kurang pandai, seeloknya anak tu di beri galakkan, sokongan, perhatian yang lebih..bukan di banding-bandingkan dengan orang lain..Ni lah salah satu kesalahan ibu-bapa yang memang dah jadi lumrah dalam hidup orang melayu, ni juga punca budak-budak rasa terabai dan hilang kepercayaan..Jangan salah kan anak-anak kalau hidup dorang bergelumang dengan rasa tak puas hati dan memberontak, semua tu berpunca dari didikan ibu-bapa..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Wednesday, March 23, 2011

Nak puasa sunnah pun kena minta izin?

Semalam niesz pergi interview dekat PMCare Subang, balik dari inteview tu singgah makan dekat PKNS, Shah alam..Then singgah la kejap dekat 1 kedai buku ni..mak niesz nak cari buku2 agama..Belek punya belek, niesz terjumpa buku "KESALAHAN ISTERI", niesz tengok lah apa yang ada dalam buku tu, salah satu kesalahan isteri ialah..

"Isteri yang berpuasa sunnah tanpa meminta izin dari suami"

Erk! 1st time ok, niesz tahu pasal ni, sebelum ni memang niesz langsung tak pernah dengar pasal hukum ni..terus niesz tanya mak..
Niesz : Mak, kenapa kena mintak izin dekat suami pula kalau nak puasa sunnah?
Mak :Memang lah, mak tahu lama dah, dulu mak ada belajar pasal tu..
Niesz : Kita tak pernah tahu pun..tapi kenapa? mesti ada sebab kan?
Mak : Bacalah buku tu, nanti mesti faham (mak macam malu2 nak cakap)
Niesz : Ala..cakap je lah mak, kenapa?
Mak : Yelah, nanti kalau suami tu mintak di layan, isteri wajib layan, mana boleh ingkar perintah suami..kecuali lah kalau puasa ganti..
Niesz : Owh, gedik betul lah suami ni..hahahaha...tunggu je lah malam..
Mak : Tapi kalau mak, sekarang ni mak main puasa je..
Niesz : Mana boleh macam tu mak, kena mintak izin ayah juga..
Mak : Mak dah tualah..tak ada nya nak manja2 lagi..lain lah kalau orang muda..
Niesz : Hahahahaha..ye la tu..

Dalam hadits yang muttafaqun ‘alaih, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ ÙŠَØ­ِÙ„ُّ Ù„ِÙ„ْÙ…َرْØ£َØ©ِ Ø£َÙ†ْ تَصُومَ ÙˆَزَÙˆْجُÙ‡َا Ø´َاهِدٌ Ø¥ِلاَّ بِØ¥ِذْÙ†ِÙ‡ِ

“Tidaklah halal bagi seorang wanita untuk berpuasa sedangkan suaminya ada (tidak bepergian) kecuali dengan izin suaminya.”[2]
p/s : Alhamdulillah, result adik niesz ok, biasa lah, kadang2 tak semua subject kita boleh score kan, mungkin ada hikmah, kuatkan semangat ye, nanti masuk U, kena usaha lebih lagi..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Wednesday, March 16, 2011

rasa macam orang kampung baru nak masuk bandar..

Hahahaha..belum apa2 lagi dah rasa nak gelak, nak tahu tak, semalam 1st time niesz bawa kereta sampai dekat Sunway Pyramid then Jalan Tar, sebelum ni, niesz selalu jadi penumpang je, kali ni niesz kena bawa kereta sendiri, memang rancang nak naik train je, tapi bila fikir balik, macam malas pulak, tu yang terus je naik kereta pergi sana..Sesat jugak lah mula-mula, lagi-lagi  time nak masuk parking sunway, susah betul..nasib jumpa..

Niesz pergi Sunway sebab adik niesz ni dah teringin sangat dengan kasut supra ni, wah! harga promotion tu, kalau tak mahu rm200++..ni lah kasut supra yang niesz cakap tu..ehe..


Lepas tu cari pulak diari, mak niesz nak diari islam, haritu dekat klang cari tak ada, kat shah alam pun tak ada, semua dah habis, tiba2 mak niesz ajak pergi Jalan Tar, waaaa!niesz tak tahu jalan, sebab tak nak hampakan harapan mak, niesz pergi juga, kecian dekat mak, cari-cari parking tak jumpa, last2 parking je dekat parking pertama, nasib lah jumpa diari tu dekat Jalan Tar, tu pun tinggal 2 je..yang lain dah habis..


Sempat juga niesz singgah sogo..syok giler!ada sales! rambang mata tengok handbag, niesz dapat wallet ni, mak niesz belanja..ehe..actually wallet ni color merah..


Yang ni pulak mak niesz punya..tak rugi lah beli sebab harga dia memang susah nak dapat kalau time tak ada sales..


Balik tu jalan sesak giler kot dekat lebuhraya persekutuan, niesz ingat nak lalu DUKE je, tapi niesz tak tahu mcmana nak pergi jalan tu, dekat 1 jam jugak lah terkandas dekat situ, then ada papan atas tu tulis,

" Susur ke LDP bergerak lancar, sila berada di laluan yang betul"

lebih kurang macam tu la, ktorang ni mana lah nak tahu LDP tu dekat mana, mak niesz pulak dah risau sebab ktorang tak solat asar lagi, waktu maghrib dah nak dekat..

mak : mana susur ke LDP tu? jauh lagi ke?
niesz : entah lah mak, kita pun tak tahu..depan lagi kot..
mak : mana nye, tadi kata jalan lancar, lancau ada lah..

Aduh! mak niesz mencarut, hahahahahahahahaha! kan, tu lah, kalau dah geram, automatic kuar..ekekeke..
p/s : nak pergi pindah barang dalam wallet lama ke wallet baru..ehe..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Tuesday, March 15, 2011

Adik dah selamat berangkat kembali ke Mesir..

Since dari krisis dekat Mesir sampai sekarang, lama jugak dorang ni di beri cuti kan..ye la, untuk make sure yang keadaan betul-betul dah stabil baru dorang boleh di hantar balik..Tu pun masih ada yang mengeluh, nak balik semula dekat sana, even keadaan tak stabil lagi, ni memang niesz tak faham, risau mak dengan ayah dorang tu pun tak habis lagi..Bersyukur lah korang dah di hantar balik..

Masa untuk adik niesz teruskan perjuangan di Mesir pun dah sampai..Adik niesz balik under kerajaan Selangor, kiranya semua bayaran pengangkutan di tanggung 100% oleh kerajaan Selangor, Alhamdulillah..Dorang di minta berkumpul di masjid negeri untuk pendaftaran..adik niesz charter flight yang ke2, start dari 13-17 march..


Smpai dekat masjid negeri dalam kul 2:30 pm, hujan lebat giler time ni, lepas daftar ktorang rehat dekat dalam masjid sementara tunggu azan asar..ada wifi! sempat lagi online..ehe..


mak : eh! macamane boleh dapat online tu?
niesz : guna wifi mak..
mak : hah? wifi?tak ada wayar sambung pun, xpayah sambung wayar ke?
niesz : hahahaha..tak payah la mak..

Sempat lagi mak buat lawak, lepas solat ktorang singgah pergi makan kejap, rasa lapar la pulak..




Lepas solat maghrib, pukul 8:00 pm dorang dah  kena naik bus, bus ni terus direct ke KLIA, kira naik charter flight lah, dalam 1 flight, semua student Malaysia..sampai-smpai KLIA terus check in, bag semua dah bawak naik lori yang dorang dah sediakan dekat masjid negeri, kira macam orang nak pergi haji lah..


Kul 12:30 malam dorang naik flight, insyaALLAH, 12:30 tengah hari ni smpai lah dorang dekat Mesir..Belajar rjin-rajin ye nad, nanti dah jadi doctor ley niesz mintak MC kalau niesz rasa malas nak kerja..hahahaha...
p/s : Hari ni nak pergi sunway pyramid, adik niesz dah teringin sangat nak bli kasut supra..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Saturday, March 12, 2011

Toilet KFC buat mak confused!

Semalam niesz pergi sabak bernam, jemput adik niesz, ramizah , sebab cuti sekolah dah nak start..On d way nak balik tu niesz, mak dengan adik2 singgah lah makan KFC dekat Kuala Selangor untuk lunch..yang kelakar nye..

Mak : Nisa, singgah beli nasi jap..
Niesz : Nape mak? Kata nak makan KFC..
Mak : Mak nak makan KFC dengan nasi, mak lapar nasi lah..
Niesz : Nak bawak nasi masuk KFC ke?
Mak : Ha a..
Lionteen : Mak ni tak "kay el" la..hahaha...

Sampai2 je dekat KFC, terus mak lari bawak nasi naik tingkat atas..hahaha..cian mak, takut orang KFC tu marah sebab bawak makanan dari luar..time makan tu tiba2 mak nak pergi toilet, sebab nak terkucil..


Nadz  : Mak!mak!, tu toilet lelaki la..
Mak : Eh, nape plak?
Nadz : Cuba mak tengok kasut tu, yang perempuan tumit tiggi, yang laki, tumit rendah..
Mak : Ye ke, tapi mak tengok yang lelaki tu macam kasut mak je..

hahahahahahahaha...aduh!mak ni kan..memang la..semput den gelak..
p/s : Sehari kalau mak tak buat lawak mesti rasa sunyi jer..hehehe..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

Sunday, March 6, 2011

Alhamdulillah, dah selamat jadi tunangan orang..

Best tak bila dah jadi tunangan orang ni, mesti lah best kan..kira macam dah ada 1 perjanjian lah antara 2 jiwa ni..mak ai!!! berjiwa2 la plak malam ni..haha..so, lepas ni plan untuk majlis akad nikah and majlis kahwin plak..wah! syok nya..


Jangan salah faham yer, bukan minah atas ni yang bertunang tau, ni minah giler pose..tak boleh nampak camera..haha..


"SELAMAT BERTUNANG ABG FARIZ and KAK KAY" so sweet..abg fariz ni sepupu niesz..


Kerja minah pose kena angkat dulang..hehe..nama pun minah pose kan, so, korang layan je la pic ni ek..posing tak abis2..




Agak-agak lepas ni giliran siapa plak ye..ermm...target tahun ni, tapi tak tahu la..insyaALLAH, kita hanya merancang, Allah yang menentukan..
p/s : missed my chiquito already, plan nak keluar hari ni, tapi tak jadi..next time ye b..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

dah join? click sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





ShoutMix chat widget