Photobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket
Image Hosted At MyspaceGens

click banner for more info

Wednesday, March 16, 2011

rasa macam orang kampung baru nak masuk bandar..

Hahahaha..belum apa2 lagi dah rasa nak gelak, nak tahu tak, semalam 1st time niesz bawa kereta sampai dekat Sunway Pyramid then Jalan Tar, sebelum ni, niesz selalu jadi penumpang je, kali ni niesz kena bawa kereta sendiri, memang rancang nak naik train je, tapi bila fikir balik, macam malas pulak, tu yang terus je naik kereta pergi sana..Sesat jugak lah mula-mula, lagi-lagi  time nak masuk parking sunway, susah betul..nasib jumpa..

Niesz pergi Sunway sebab adik niesz ni dah teringin sangat dengan kasut supra ni, wah! harga promotion tu, kalau tak mahu rm200++..ni lah kasut supra yang niesz cakap tu..ehe..


Lepas tu cari pulak diari, mak niesz nak diari islam, haritu dekat klang cari tak ada, kat shah alam pun tak ada, semua dah habis, tiba2 mak niesz ajak pergi Jalan Tar, waaaa!niesz tak tahu jalan, sebab tak nak hampakan harapan mak, niesz pergi juga, kecian dekat mak, cari-cari parking tak jumpa, last2 parking je dekat parking pertama, nasib lah jumpa diari tu dekat Jalan Tar, tu pun tinggal 2 je..yang lain dah habis..


Sempat juga niesz singgah sogo..syok giler!ada sales! rambang mata tengok handbag, niesz dapat wallet ni, mak niesz belanja..ehe..actually wallet ni color merah..


Yang ni pulak mak niesz punya..tak rugi lah beli sebab harga dia memang susah nak dapat kalau time tak ada sales..


Balik tu jalan sesak giler kot dekat lebuhraya persekutuan, niesz ingat nak lalu DUKE je, tapi niesz tak tahu mcmana nak pergi jalan tu, dekat 1 jam jugak lah terkandas dekat situ, then ada papan atas tu tulis,

" Susur ke LDP bergerak lancar, sila berada di laluan yang betul"

lebih kurang macam tu la, ktorang ni mana lah nak tahu LDP tu dekat mana, mak niesz pulak dah risau sebab ktorang tak solat asar lagi, waktu maghrib dah nak dekat..

mak : mana susur ke LDP tu? jauh lagi ke?
niesz : entah lah mak, kita pun tak tahu..depan lagi kot..
mak : mana nye, tadi kata jalan lancar, lancau ada lah..

Aduh! mak niesz mencarut, hahahahahahahahaha! kan, tu lah, kalau dah geram, automatic kuar..ekekeke..
p/s : nak pergi pindah barang dalam wallet lama ke wallet baru..ehe..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

36 comments:

Anonymous said...

Salam..ehe..

er..lancau tu apa? hek2.

Anonymous said...

mcm2 la korang ni. ish2 mak.. sabar. bawak bertenang. np x solat je kat hentian tol mane2.. kuikui

bujal X said...

kasut anak muda~~haha~~teringin nak pakai tapi saya adalah remaja tua~haha~

Fazleyatul Aini said...

alamak aiii terkeluar mencarut sekali. haha

ShidaGhazali said...

best kan shopping...
mmg blh cedera mata tu tgk sales dia...
hehehe

matahati-aishahazhar said...

hehehe.. terkeluarlah lancau ye.. tgh serabut ut..

Aleen Aiden said...

woah,sopping sakan.xaci!hu3

apezs shah said...

salam

haha niesz biar betul mak niesz
mencarut tu? haish xbaek tau.
Hahaha and xkan tak tahu jalan ni.
senang je dari TAR tu dah ke DUKE
niesz hehe..:P lain call apezs k haha. wah shopping sakan.

Bunga said...

hahaha..suker la tu p shoping.haha..

ARJUNA.Inc said...

huhu..da dpat brang pe nak mst la da ska kn..haha..wah2..sakan nmpk berborong..isk2...sbar2..

ch!natsu said...

mak niezs mmg sgt klakar kan.. hehe..
chin mmg tkot nak drive pi jalan tar.. nak cr parking aiyark.. rela jln kaki nek train ke lrt ke.. huhu~

sarah mohamad said...

bebudak sekarang ni memang nak pakai supra tuu. tapi mahal lah.

suka sama itu wallet :)

hihi .

yatie's EPISODE said...

wahh. dapat wallet baru :p

Unknown said...

tak sengaja la tuh..hahahah

lady-D said...

wahhh..shopping..org KL pun blur..dla lg 40 kali blur kalo jln KL..haha

Kak Amy said...

wah bestnya , shopping sakan nie..

aLieF si Muncung ManiS said...

niesz mmg akak dan anak yg baek..huhu..btw,,mak niesz sempoi dan cool.suke3x..haha

nabilah_2908 said...

oh...itu rupanya kasut supra...

singkatan dari perkataan Super yer..? :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW : HIJAU ITU INDAH PERMAI

puteri ain said...

lawa la kasut supra tu..jadi berapa harga beli tu???

amboii..seronokkk nak tukar ke purse baru..hehe..tumpang happy :)

HEROICzero said...

HAHA jgn stress2. biasa la tu, jammed. bukak radio, layan lagu. =)

Anonymous said...

Ouh itu rupanya kasut supra. Haha. Modennya kasut. Beg duit, handbag. Amboi Cik Niesz, shopping sakan. :)

نورعيم said...

akak yg dok bandar pon blh jd cmtuh, sy lagi lah. hihi.

zati embong said...

kalau jat niesz,sedaya upaya elak utk stay n kerja kat KL..hihi..

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

bestnye dok kl, leh pegi sogo, jalan tar..best9999..tpi memikirkan sesak, memg boleh give up betol..even bukan kite yg bawak kete, tpi still rasa penat..

achik ezam said...

pakai ke kasut tu??

kot dengan baju kurung lagi naiss...


ehehehee

white rose said...

pergghh...wallet baru tuh...

sahromnasrudin said...

frasa tue bermaksud lebih kurang "jalan exit ke LDP tidak sesak..kita harus berada di lorong yang betul sama ada ia kanan atau kiri"tapi kalau ia masih sesak, maksudnya LDP dah ubah frasa tuer la hehehee...

Fadzli Amir said...

Dah lama tak ke KL..kalu drive memang sangkut...kat sogo tu, dulu beli handbag kat cik wife..kalu dia pegi situ mesti dia pangsan bershopping...hehhee

beautiful_rose said...

huhuh ganaz giler mak ko eh.takut aku =p

Nur Farah said...

wahhh shopping... da lama ta beli purse... ;p

Ina said...

saya pun tak lepas bawak keta ke kl..tak ingat jalan la..kasut supra tu kasut apa??..macam kasut snow je

Qistina Filzah said...

beshnyer pi shopping..huhu..skrg gaji xde, simpanan xde..stress...

Tieah Madian said...

Semua barang2 tu aku dah biasa tengok cuma part kasut tu.. Hawawwwwwww.. Adoi.. Pelik sungguh..

Entry Terbaru : Warga Tua Dan Bayi Terselamat Dari Gempa Bumi Dan Tsunami, Bukan Maria Ozawa Sahaja!

iniialahaku said...

supra tu bawah 200 je????hurm....cam menarik...

kay_are said...

sakan x ingat nye shoping.. dari sunway jalan tar sampai sogo.. ish ish.. part mak tu no komen =P

KatekateKite said...

hahaa... selamber ya ya la mak! hik3... =D

dah join? click sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





ShoutMix chat widget