Photobucket Photobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket
Image Hosted At MyspaceGens

click banner for more info

Thursday, March 24, 2011

Orang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak??

Aik, pelik betul ni, selalunya kalau dengar je orang cakap pasal mandul, mesti kita kaitkan mandul ni dengan perempuan yang tidak boleh mengandung..tapi kenapa orang mandul ni punya ramai anak pulak yer..

Sabda Rasullullah S.A.W :"Tahukah engakau siapakah orang yang mandul?"
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak"
Lalu Rasulullah S.A.W berkata : "Orang yang mandul ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia".

Rasa-rasanya kenapa anak-anak ini tak dapat nak beri manfaat kepada mak dan ayah dorang? Ini mungkin sebab kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak..

Antara kesilapan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak:

Kurang berdoa semasa mengandung dan semasa membesarkan anak-anak
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
Menegur anak secara negatif
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan minda
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Penampilan diri yang seksi dan kurang kemas
Kurang menghidupkan sunnah Nabi di rumah
Tidak menggantung rotan yang boleh dilihat oleh anak-anak
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model seperti para ulama'
Bertengkar di hadapan anak-anak
Kurang mengawal rancangan -rancangan yang di tonton
Ada benda yang niesz kesalkan tengok orang melayu ni, suka sangat membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain..perlu ke? Macamana rasa hati anak tu? Normal lah dalam 1 keluarga tu mesti ada anak yang pandai dan kurang pandai, seeloknya anak tu di beri galakkan, sokongan, perhatian yang lebih..bukan di banding-bandingkan dengan orang lain..Ni lah salah satu kesalahan ibu-bapa yang memang dah jadi lumrah dalam hidup orang melayu, ni juga punca budak-budak rasa terabai dan hilang kepercayaan..Jangan salah kan anak-anak kalau hidup dorang bergelumang dengan rasa tak puas hati dan memberontak, semua tu berpunca dari didikan ibu-bapa..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

28 comments:

mie said...

kesilapan tu banyak kita dapat lihat pada masa kini..

Fazleyatul Aini said...

good info niesz

Unknown said...

nicee =)

qemaishak said...

memang mendidik anak adalah satu tanggungjawab yg berat..
thanks for sharing niesz

Anonymous said...

Betul tu Cik Niesz. Ibu bapa adalah teman yang paling rapat buat anak. Dia pelindung kepada mereka. Kalau ibu bapa tidak mempercayai anak dan selalu membanding-bandingkan mereka pasti semangat mereka akan musnah.

zati embong said...

jat harap suatu hari jat xkan bnding2kan diorg O.o

Bunga said...

suker entri ni..

yanamib said...

oh yana pn br faham maksud mandul tu =)

btol gak tu, xsuka parents yg banding²kan anak sendiri dgn ank org len..apa la slhnya bangga dgn anak sendiri..tp jgn la over bangga kn..cukup sekadar bg motivasi kt dorg ^_^

lady-D said...

baru tahulah pasal ni nies..tq 4 sharing..kalo suke banding2 tu wat kita jd lemah smgt je kan..huhu

KakD said...

owwwhh baru tau nih.

mudahan urusan akak dan suami dipermudahkan untuk mendidik anak kami menjadi insan yang bermanfaat buat kami nanti :)), insyaallah..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

terkejut sy baca tajuk entri ini....semoga ia memberi kesedaran kpd kita semua kan

lalink7 said...

betul tue niesz...ramai ibu bapa fikir nak tnjuk kehebatan dan riak masing2..sdangkan anak2 jadi mangsa keadaann..huwaaaaaaaaaa

kite pernah juga jadi camtue..sedihh makan hati jee..

nabilah_2908 said...

bab memandingkan anak dgn anak org lain....akk pun setuju...mmg selalu sngt jadi macam tu...sudah masanya tuk kita berubah...

jom ke APA KATA HATI pulak,
KESAN KOMEN MELALUI EMAIL

Tieah Madian said...

Ramai jugak mak bapak yang salah didik anak skrg.. Huhh! Mintak2 dijauhkan lah ek..

shahjiehan said...

anak2 adalah amanah yg perlu di jaga oleh ibu bapa....


hm..nk suma pic yg ade churp2 tuh... hehhee.. sama mcam churp2 anda.. ok? hehehhe..tq so much!

Nazrul Ashraff said...

wiii...ada maksud tersirat disebaliknya..banyak anak,tapi x gne, tak elok jugak!

http://twins-detwin93.blogspot.com/2011/03/si-dia-blogger-terkenal-d-tinggal-dekat.html

disebut dalam ini.:D

and ada contest jugak! jenguk sidebar ye.. hee

YATZAKIE said...

Nauzzubillahminzalik..suke entry nih..

Qistina Filzah said...

banding2 kn tu mmg slalu owg kiter wat,mungkin niat baik, nk suh ank jadik mcm ank owg lain yg bgs tu gak..tp dari ank plak, rase diri mereka xdihargai

Anonymous said...

betul2. tak suka bila kena compare. lagi2 result spm. haha

nasib baik mak tak buat macam tu. diri sendiri yang banding2 kan. ^^

kay_are said...

em.. betul tu.. setuu.. ibu bapa zamn sekarnag len sangat, anak masuk tv lagi bangge dari anak jadi student terbaik.. part kne banding.. ade gak r.. kne banding ngan member sendiri pade hal, mak xtau pun cane member tu kat belakang sebenarnye.. senyum je r..

Udin said...

yup.. sokong niesz.. kadang2 anak2 dah wat yg termampu sbg contoh dlm exam.. tapi syg result tak berapa okay.. then mak bapak marah2.. bandingkan dgn ank2 org lain.. maka tak dinafikan diorang akn merasa diri mereka tak dihargai.. lalu menjatuhkan semangat anak itu sendiri.. sepatutnya diberikan galakan supaya lebih maju.. tapi.. hurm..

ieda said...

akak pun x suke banding2 kan dikk .. anak kita x sama dgn org lain sama mcm kita yg x sama mcm org lain kan ..
kalau nak bandingkan anak2 kita .. kenapa x bandingkan kita dgn prg lain .. nahh baru boleh sama kan .. mana oleh sama .. sah2 allah ciptakan kita berlainan sama sekali :)

ghost said...

tapi kalau anak tuh sudah besar dan sudah boleh berfikir kenapa dowang tak fikirkan sama...kenapa mesti orang tua lagi yang disalahkan..?

kita sebenarnya yang membawa kesan tuh pada bakal anak-anak kita...dan anak-anak kita kan terus sambung cara tuh pada anak-anak dowang..bermula lah dari kita kalau kita sedar kesilapan orang tua kita..

Nur Farah said...

la begitu ekr??? baru tahu.. huhuhu...

white rose said...

urm...
kesedaran je tak cukup...
pelaksanaan dalam kesedaran amat penting...

dorang tak merasa ibu ayah akak...
dah kena, serikkkk...

Anonymous said...

didikan masa kini berbeza ngn masa dulu kn...huhu...

Fasihah Supian said...

owh...saya baru tahu...terima kasih niesz...sokong dgn opinion niesz tu.....suka sgt bandingkan org...

EB said...

Sungguh membuka minda!

dah join? click sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





ShoutMix chat widget