click banner for more info

Thursday, February 3, 2011

RUSUHAN DI MESIR : adik di jadualkan trip ke3 ke Jeddah

Mlm td adik niesz ade missed call, mak niesz terus call adik niesz balik..adik niesz beritahu dia akan di pindahkan ke Jeddah trip yang ke3, dari apa yang adik niesz beritahu dalam facebook, student-student dekat ARMA akan naik kapal terbang..trip pertama di beri keutamaan untuk ibu mengandung dan orang-orang yang lebey memerlukan..ni antara status yang sempat adik niesz buat..



niesz dengan family ada call adik tadi, ini antara perbualan kami :

"Nad akan pergi ke Jeddah trip yang ke3, mungkin hari ini, mungkin esok, tapi rasa macam esok. Ikut dari taklimat yang kita dengar, kena duduk sana sebulan, kalau rusuhan tu dah kembali tenang, kerajaan akan pindah kan balik student dari Jeddah ke Cairo, tengok keadaan mcmana nanti. Kat Jeddah kerajaan akan sponsor selama sebulan. Kalau ada student yang hendak balik ke Malaysia dalam masa sebulan tu, kena beli tiket sendiri. Kalau keadaan masih tak stabil dalam sebulan tu, baru kerajaan bawa balik student ke Malaysia secara percuma. Adik niesz ada beritahu yang Cairo University akan start belajar balik 12 FEB ni, sebab masih belum dapat kata putus dari pihak atasan University tu. "

p/s : Kalau ikutkan ati memang nak sangat adik niesz balik Malaysia, tapi tu la..macamana dengan pengajian dia dekat sana nanti..Family niesz sekarang tengah bincang sama ada nak mintak adik niesz beli tiket terus balik ke Malaysia atau stay untuk beberapa hari di Jeddah. Sebab kata putus dari University Cairo belum confirm lagi sama ada student memang akan di beri cuti atau pengajian akan di teruskan..Tengok pada keadaan kat Mesir macam dah bertambah buruk hari ni..

Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

13 comments:

sayeJAJA said...

semoga selamat semuanya..ameen..

Anisa Hang Tuah said...

yaAllah..permudahkan urusan adik niesz & selamatkan dia..

liyana said...

smg adik niesz selamat :)

'AQILAH said...

insyallah...okay semuanya :)

Millomocca Danique said...

semoga adik niesz selamat..amin

Ayuni said...

hrp2 smua ok....hm, smbung study kt Malaysia ke....

Afifah said...

harap semuanya slamat..insyaAllah..kita doakan sama21..

wanie m'nJ said...

@ayuni,sepupu saya maybe akan ulang blik medic kat m'sia.rasa mcm syg je dah nak msk sem 4 kat sana.it juz bcoz mak sedara terlalu risau..

zati embong said...

semOga adik niesz mndpt prlindungan.

Lya Colours said...

adik saya akan kuar dari alex hari sabtu ni. sama ada kol 6 pagi @ 1 tghari waktu sana. sbb 1 hari dia buat 2 trip ke jeddah. pastu dia kata dari jeddah ke msia maybe kene naik kapal laut. dia dgn kwn2 sume xnak, sbb lambat la smpi. so skrg tgh usaha cari tiket flight la ni. ada member dia beli,paling awal ada hari rabu. tiket mmg limited la

Amni said...

mudah-mudahan semuanya baik saja niesz.. update lagi perkembangan terkini ya...

d_tieah said...

Fuhh, lega..
Selamat..
Berkat doa family, sanak saudara dan rakyat Malaysia..
Memang susah gak kan bila nak balik, sebab pengajian nak bermula..
Bukan dekat tu..
Takpe, pasti ade jalan penyelesaian kan niesz..


Latest entry : Istimewa di Hari Ulangtahun ke-23 Deen Hotfm

beautiful_rose said...

menakutkan bila dengar berita pasal mesir tu.macam2 hal sekarang niat nak belajar tapi bila kena situasi mcm ni jadi tak tenang pula kan.dah macam pelarian pula lari sembunyi sana sini nak selamatkan diri...



doa banyak2 moge di permudahkan semua...

dah join? click sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





ShoutMix chat widget