Terkejut tengok berita mingguan semalam, perlu ke letak gambar macam ni? apa motif sebenar? anggap tu semua cuma satu gurauan? ni lah manusia, selalu buat benda tanpa fikir akibat nya..sebabkan seorang pelukis ni, 1 Malaysia kot malu..mana sikap prihatin kamu?
Cuba bayangkan kalau negara kita sendiri yang kena macam ni? still ke nak lukis kartun macam tu? dalam rumah tu confirm ada barang yang made in Japan rite? Kelumpuhan ekonomi Japan ni sedikit sebanyak akan effect pada Malaysia jugak..Nak sangat ke bermusuh dengan negara Japan tu? atau sengaja nak buat kontroversi? Sampai masuk reported news of CNN..
Ni petikan memohon maaf dari berita mingguan
"MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu. Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan. Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun."
Kalau prihatin, kenapa mesti buat macam ni? Tahu tak beratus-ratus yang mati dekat sana tu..ni bukan satu gurauan..Disebabkan pemikiran yang cetek macam ni lah yang boleh menyusahkan rakyat.."disebabkan nila setitik, rosak susu satu belanga" Fikirlah baik-baik sebelum buat sesuatu, dah la siar dalam paper, confirm lah berjuta-juta yang baca..Rasa-rasa kalau negara kita yang kena bencana tu? ada ke dorang nak buat benda bodoh macam tu?
p/s : Sorry, emosi pulak pasal ni, bukan apa, kita ni semua makhluk ALLAH, apa salahnya prihatin sesama manusia..ingat, kita tak selama-lama nya akan selamat dekat muka bumi ni, mane tahu esok lusa, negara kita pulak..wallahua'lam..
Suka entry ni? boleh LIKE!
29 comments:
rasa nak marah jugak tgk karikatur ni semalam
yang approve karikatur ni untuk di publish pon takde otak ke
ye la...apsal depa leh terlepas pandang isu nie huhuhhhh
Salam
Itulah pasal Niesz.. apezs pon xfahm.
Kenapa tetiba leh ada isu ni pulak.
what going to be ON. OMG haish mcm
pelik and Y this thing making a fun of them. hello this is noncen to much k.
*oh tersambung emosi niesz lak.
Hahaha.. Banyak owh tulis pasal ni.. Baru ingat nak updated jugak.. Ngee :) Takpelah, bersama kita berkongsi emo boleh?????????? Hahahaha.. Ptg ckit kot updated pasal ni..
Entry Terbaru : Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radioaktif Berlaku?
manusia mmg cm tu.. selagi x kena, dia peduli hapa dgn org lain.bla da kena batang idung sendirik br la dia tau..
minta dijauhkan oleh-Nya dr bencana. aminn
patutnyer sebelum derang keluarkan paper tuh derang kener sedar dari awal pasal ilustrasi tuh..takkan tak check dulu benda-benda macam tuh sebelum paper dicetak..ramai yang marah pasal tuhh..
ish ishhh...betul2 memalukan,Japan bukan sebarangan negara hoo..
oh..ini kartunnya..smlm x beli paper..biasa beli berita minggu ni..anak dee ada ckp..napa doraemon n ultraman x tlg jepun..tp dorang budak..ini dah tua..dh reti berfikir..huhuhu..
terlajak perahu blh diundur, terlajak kata maaf jek tahu. huhu.
memang tak patut la, sama jugak macam kes fizz fairuz tu...semua nak dijadikan bahan lawak.
semua orang buat salah~haih~
niezs apezs doakan terbaek utk niesz esok.. good luck dengan Interview yea.. :)
eii. tak patot lahh. benda nih bukan main2.
betul tu niesz. Akak pun sama hangin. Memang tak patut terlepas pandang.
Nilah orang kata, terlajak perahu boleh di undur, terlajak menulis seperti ini, walaupun dah minta maaf, kesannya kepada semua kan.
terkilan juga..kenapa la tak ditapis dulu sebelum dicetak..
jaga sensitiviti, jgn main redah je..
kecewa kan? haii tahla..~
Professionalism semua wartawan, syarikat akhbar dan media massa di Malaysia ini semakin diragui.
yana riso gak sok lusa negara kita ditimpa bencana dorg pakat lukis kartun gelak kaw kaw..time tu br nk sentap kut..adoi la...
xkn xde saringan b4 kisah tu dipublish kan..hurm =_=
ntah pape ntah...akai ltak kt lutut(bak kte en.mus-my lctre)
hurmmm tu la tuh, memang rase macam annoying jer bile tengok kartun tuh.
tapi nasib baik mereka2 tuh dah mintak maaf kan, mudahan jadi iktibar untuk kite sume hurmmm...
Ini mmg jelas satu kesilapan. Tapi kita sebagai manusia hendaklah saling maaf-memaafi antara satu sama lain. Tindakan maaf tu dah betul, tapi klu benar2 ikhlas, sila keluar wat press conference kuar lam brita tv.. Klu idak, kena le ikhtiar cara lain, buat ala-ala "khidmat masyarakat" hantar kartunis tu jadi sukarelwan ke Jepun :)
yuppp..benda ni mmg dah kecoh kan..mmg kesal sgt2, hope jd pengajaran buat dorg..kena lebih peka lenkali kan..
bkn stakat ni je, statement dari fiz fairuz tu lagi la...
malaysia ni adalah salah sebuah negara yg tersenarai dalam 33 buah negara yg punyai rakyat yg kurang ajar...
betul
seharusnya berpikir panjang dlu sebelum buat sesuatu..
err ni yg menakutkan nk lkis kartun nih @@
ada jugak blogger yg post entry psl ultraman la doraemon la,mngkin niat nak bergurau,tp betul sgt xkena pd tempat.
Cuba manipulasi gambar tu dan berfikir secara positif (:
Bagi saya (bagi sayalah) gambar tu menunjukkan walau macam mana majunya sesebuah negara tu, still tak akan boleh tandingi kuasa Allah :D - ini pandangan saya :D
ada sape2 leh bg link berita kat cnn tu....plz...plz....ahakz
sengal kartunis tu,tsunami pon nak wat maen2.cam xde idea laen je.
niat utk bejenaka tidak kena pada tempatnyaa..haihh..
merepek sangat dorang ni.. siap masuk cnn lagi.. memang malu r.. ish ish
Post a Comment