click banner for more info

Tuesday, January 11, 2011

Sheila menangis: drama sakti delima di hentikan siarannya berkuatkuasa serta merta semalam

~credit tuk pak google~

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam.

Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu.

“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.


Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.


“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.

Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.

Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu. sumber dari METRO

kak sheila tabah kan ati yer, mgkin nie smue cabaran tuk kak sheila lebey berhati2 dlm menerbitkn  sesuatu drama.  hope lps ni xkan berlaku masalah2 mcm ni lg, besar dosa yg terpksa kita tnggung kalau kite mngajar sesuatu yg luar dr landasan islam.

p/s : betul kan ape yg NIESZ CKP MLM TD?mgkin sbb niesz x brape nk betul, but cerita nie mmg boleh buat penonton keliru n sekali gus merosakkn akidah org islam..



Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------
Image Hosted At MyspaceGens
--------------------------------------------------------------------------------------

Suka entry ni? boleh LIKE!

46 comments:

Adii NakHeran said...

kesiannya,,,
cuba lagi ^^,,

apezs shah said...

salam

oh yeke? apezs xde tgk pon hehe.. biasalah, kurrng tgk tv. nieza terima kasih laa beri info ni.

niesza ajarkan saya boleh?
mcmane nak buat utk box yg ada tulisan belkg tu ada background tu.. cantik.. leh tukar gambar lain ke?

lionteen said...

kim slam kat kak sheila yek..hehe

Anisa Hang Tuah said...

sabar je la yeee kak shiela..
lain kali tayah buat film2 mcm tuu

sahromnasrudin said...

saya tak tgk drama nie tp mesti ada sebab yg konkrit berkaitan penarikannya kan

niesz said...

@Adii NakHeran ha a..cube lg kat sheila..jgn pts asa.. :)

niesz said...

@apezs shah welcome apezs..

apezs, niesz da bg link kat shoutmix awk sal tutorial yg awk nk tu, nnti check kt ctu ek..da bjaya nnti let me know ya..slamat mncube.. :)

niesz said...

@lionteen ok..bereh2..nk kim slm kat kwn ko yg ashiela tu ke..ehehe..

niesz said...

@Anisa Hang Tuah ha a..kdng2 tgk cite indon ni pon same gak..bnyk btul tahyul nyer..

niesz said...

@sahromnasrudin yup..btul3..n sbb nye pon da d ketahui..

biella93 said...

ahhahha . buat la cite laen . kan senang . eheee

niesz said...

@biella93 hehe..ko byr la beb wit pembikinan tu..hehehe..

Eazy Izzuddin said...

erk..
tak pernah tahu dram tu pun
hehe
nmpk sgt x tgk tv
:P

hida.hadi said...

cite sekarang ni pelik2 belaka..

niesz said...

@hida.hadi hehe..pelik+tahyul..

niesz said...

@Eazy Izzuddin ekekekeke..rmai yg x tgk sbb cite ni time org keje..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

la kesiannya dia..

tapi mesti ada sebab kalau tayangan ni diberhentikan...

nabilah_2908 said...

akk tak berkesempatan nk tgk cite ni...biasanya ada ulangan kt tv9 sebelah malam..skrg ni dh tkde...

jom ke APA KATA HATI pulak,
KEBAYA BIRU

niesz said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr Ha a..ade sbb2 die..cian kat shiela..

niesz said...

@nabilah_2908 mmg da xde da kak, smlm ptg pon tgk da xde..

ok, nnti niesz g usha ek..

apezs shah said...

Okeh Niesz. Nanti apezs cuba buat..;) Thanks.!

HonEyBuNNy said...

yer..betul apa nis kata.....nak buat cmna kan..redha ja la kak syiela..

CGG said...

kesian kat kak sheila

hysman said...

ntah la yer..
sape mahu disalahkan..
nk kate pengarah pon..ntah...
LPF double standard? hur,,,

kita makan duluuuuu..
lapo... hehe

niesz said...

@apezs shah ok..gud luck.. :)

niesz said...

@HonEyBuNNy ha a..nk wat mcmane..redha je la jwb nyer..

niesz said...

@CGG huhu..xdpt den nk nolong..cube lg ye kak shiela..

niesz said...

@hysman erm..niesz pon xtau la..but ape yg niesz ley ckp, niesz nk wat sumthing, pk la buruk n baik nyer..tul x..hehe..

jom2 mkn..hehehe..

Robot | Sakti said...

hmmm..rasa memang patut pun tak luluskan.
tengok cara pakaian dorang pun dah nampak ke arah lain dah.

T_T

niesz said...

@Robot | Sakti tu la..kena tgk btul2, ape yg kite wat tu ley d terime o tak..skang ni xley nk buat yg pelik2..ade je yg ngikut kang..

Ujang9897 said...

pulak dah

apezs shah said...

tak jadi laaaa Niesz.. ape yg silap yea.. background yg tak jadi.. tak faham ttg url image backgrouds tu. kat mana nak kena ambil yea?

niesz said...

@Ujang9897 gitu la gaya nyer..hehe..

niesz said...

@apezs shah niesz ajar by email ley x?senang ckit nk tgk ape yg error..niesz da bg address email niesz kt shoutmix awk..

lalink7 said...

alahai...kesian beliau kan..dugaan 2011 utk beliau..smoga beliau kuat hadapinya..

*niesz..anda di tagg..kalau sudi buat la ye..hehehe =D

::..Dia daYa..:: said...

salam
mungkin ada hikmahnya
drama tu tak disiarkan
takut akidah lari
orang sekarang nie cepat percaya benda tahyul nie
sabar je laa

Syida Shukor said...

lama gila tak dtang sini niesz :D

ala tak tengok sakti delima ni . tak taw nk komen apa huhu

niesz said...

@Syida Shukor hehe..xpe..niesz pon x tgk sgt cite tu..mak niesz yg cite kt niesz..ehe..

niesz said...

@lalink7 ermm..tu la..br masuk taun br da kene dugaan mcm nie..sabar je la..

ade ek?ok..nnti niesz g check ek..

Amy Syaquena said...

alahai kesianya nak buat macam manekan..

niesz said...

@::..Dia daYa..:: wsalam..ermm..btul tu..tkut kan bile pk kalau ade yg terpesong nnti..dosa bsr tu..

apezs shah said...

YEA!! Dah jadi pun Niesz.. Thanks yea kerana membantu hehehe... Dtg la tengok....;)

niesz said...

@apezs shah niesz da g tgk da..mmg cntik!jealous nie..ehe..

niesz said...

@Amy Syaquena tu la..nk wat lagu mane..

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

tak pernah tgk drama tu....

niesz said...

@✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ niesz pon xsempt nk tgk kak..

dah join? click sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





ShoutMix chat widget